Monday, 9 March 2015

7 TEMPAT MAKAN PALING SEDAP DAN MENARIK DI SEREMBAN !!!

Bagi sesiapa yang datang ke seremban. atau orang seremban sendiri yang tak tahu mana tempat yang menyediakan makanan yang sedap. disini ada 7 tempat tempat yang tak rugi anda kunjungi dan sangat berbaloi




1) Nasi Arab Damsyik
-nasi arab damsyik memang popular di kawasan seremban. ia terletak di jalan paroi/senawang. dan       sekiranya anda ingin merasakan makanan ala arab yang enak. di sarankan mengunjungi restoran ini. nasi arab damsyik juaga ada membuka cawangan di Taman Paroi jaya(belakang Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya)

          



2) Haji Shariff's Cendol
-rata rata penduduk seremban tahu mengenai HSC ini. kerana. ia antara bangunan kedai yang  lama di kawasan bandar seremban. HSC hanya menjual. rojak dan cendol. tetapi pelanggan yang datang amat memuaskan kerana cendol dan rojak yang disediakan lain dari yang lain. dan rasanya cukup enak

  


3)Popia Kuala Kangsar
- Popia Kuala Kangsar terletak di kawasan stadium paroi. rata-rata pengunjung yang datang ke gerai ini untuk rasa keenakan  sos popia tersebut. Popia Kuala Kangsar amat popular di seremban. gerai tersebut pernah dikunjungi olej Jalan-Jalan Cari Makan(jjcm). terdapat dua jenis popia iaitu popia basah dan juga popia goreng. selain itu, gerai ini juga menjual makanan goreng.

  

4-Ijan's Burger
- Ijan burger bermula dengan gerai kecil. dan selepas beberapa tahun berniaga. rezeki yang dikurniakan kepada burger ijan ni mampu membuka tapak sendiri dan membuka cawangan di tempat lain. Burger Ijan ni tak kedekut dari segi rencah,sos dan sayur. Maka tak hairanlah perniagaannya berkembang dari sebuah gerai di tepi jalan kemudian beralih di sebuah tapak (bersebelahan dengan Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya). Selain orang seremban sendiri, orang luar seperti dari melaka, kuala lumpur juga sanggup datang ke seremban hanya untuk merasai keenakan burger tersebut. 



5)LB Western
-Low Budget(LB) western ini dibuka pada 16/9/2013. walaupun usia kedai ini masih baru. tetapi ia mempunyai pelanggan yg tidak putus2 mengunjungi kedai ini. ia menjual makanan ala barat pada harga yang murah. bukan sahaja murah, tetapi makanan di kedai ini cukup enak dan memuaskan pelanggan. kedai ini dibuka setiap hari dari jam 5pm hingga 1230am. kedai ini terletak bersebelahan dengan masjid paroi di pinggiran golf.

  

6)BurgerByte Senawang
-BurgerByte merupakan cawangan yang dibuka di jalan Paroi-Senawang. keenakan makanan di Restaurant ini memang tidak dapat disangkalkan lagi.Burgerbyte ini dibuka setiap hari kecuali hari rabu.

 

7)Mama One Stop Bakery & Cafe, 
 -Mama One Stop Bakery & Cafe ini terletak di Kg Sentosa. ia menjual makanan berlauk dan makanan ringan seperti, donut,karipap,muffin dan banyak lagi. istimewanya kedai ini,donut yang di jual sangat lembut dan sedap. dan boleh didapati dengan pelbagai perisa(ala ala Big Apple). berkenaan dengan harga. ia amat berpatutan. kalau anda ingin mencari 'port' lepak minum petang. disini la tempatnya


Haaa. ni lah antara tempat makan yang  menyediakan makanan yang dapat memenuhi citarasa pelanggan. banyak lagi sebenarnya. tp cuma tak sempat nak explore lagi. so cuba la dulu baru tahu.

No comments:

Post a Comment