Monday, 2 March 2015

PARAH DEMAM DENGGI !!!

Demam Denggi di Malaysia

Demam denggi adalah merupakan salah satu penyakit yang telah tersebar luas di malaysia.Pada masa kini,angka kematian akibat denggi adalah begitu tinggi.Kes ini makin merebak dengan pantas.Dimana silapnya.

Demam denggi adalah disebabkan gigitan nyamuk aedes yang infektif iaitu nyamuk aedes aegypti ataupun nyamuk aedes albopictus.Nyamuk aedes aegypti mendiami dalam kawasan rumah dan aedes albopictus pula membiak di kawasan luar rumah.Apakah punca sebenar pemerebakan penyakit ini?Semuanya pasti ada jawapan.

Walaupun pelbagai pihak telah melakukan usaha kawalan,namun kes ini amat sukar dikurangkan dan dihapuskan.Pokok pangkalnya ialah seseorang individu itu sendiri.Kebanyakan kes adalah berpunca dari nyamuk yang membiak di dalam kawasan rumah seperti dalam baldi,akuarium dan sebagainya.Oleh itu,post kali ini adalah untuk memberikan sedikit sebanyak ilmu yang boleh dikongsikan untuk orang ramai.

CARA MENANGANI

1. Kita haruslah membersihkan kawasan rumah samada di dalam ataupun di luar sekurang kurangnya 10 minit sehari.Pastikan tiada tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk ini.

2. Tutup tingkap sebelum pukul 6 petang sehingga 9 malam.Hal ini kerana nyamuk aedes aktif dari jam 6 ptg hingga 9 malam.

3. Penggunaan repellent bagi yang ingin melakukan aktiviti luar kawasan rumah pada lewat petang.Repellent adalah sejenis bahan dalam bentuk cecair yang berfungsi untuk menghalang gigitan nyamuk.

4. Penggunaan baju berlengan panjang sekiranya keluar di lewat petang

Sekiranya anda dijangkiti demam denggi,antara petua nya ialah banyakkan minum air kelapa,sup ketam dan makan buah buahan.Insya Allah,pulih.

No comments:

Post a Comment