Thursday, 19 March 2015

KERANA SEKEPING COKLAT BUDAK 7 TAHUN DIPUKUL DAN DIIKAT DI KHALAYAK RAMAI !!!!

SUBHANALLAH,beginikah caranya untuk mendidik anak anak..Jelas sekali sudah jauh terpesong dan bertindak kejam.Pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk mendidik anak anak..Bukan begini caranya..Jom ketahui kisah sebenar...


Sebenarnya kes ini tidaklah berlaku di malaysia namun berlaku di negara jiran kita iaitu THAILAND.Namun begitu,kekejaman yang dilakukan terhadap budak lelaki ini telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Gambar seorang kanak-kanak lelaki dipukul dan diikat di tiang telah tersebar meluas di laman sosial.Perilaku sebegini memanglah dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.Hasil maklumat awam,kanak-kanak tersebut telah berjaya ditemukan melalui pencarian oleh pihal polis dan tentera.


Mangsa yang berumur 7 tahun itu ditemui dalam keadaan yang serius kecederaannya dan menangis kesakitan.Adakah setimpal hukuman yang dikenakan terhadap budak lelaki ini yang mana masih belum cukup matang untuk berfikir.Kanak-kanak itu telah didapati mencuri sekeping coklat di sebuah kedai dan hal itulah yang membuatkannya didera dan dipukul sedemikian.Wanita yang merupakan ibi saudaranya menghukum mangsa dengan membogelkan kanak-kanak itu dan mengikatnya di tiang rumah serta memukul badannya sehingga berdarah.Namun begitu,menurut situasi yang difahamkan,mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemerikaaan lanjut.Wanita terbabit juga telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan dan akan didakwa atas tuduhan mendera kanak-kanak.


SEMOGA KISAH BUDAK LELAKI NI MENJADI PENGAJARAN KEPADA KITA.






No comments:

Post a Comment