Wednesday, 4 March 2015

LAGI PENJAWAT AWAM DISERANG !!!! PANAS



SHAH ALAM 2 Mac – Beberapa kakitangan awam yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah restoran di sini bertempiaran lari mengikut pintu belakang sebaik sahaja melihat kenderaan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi (gambar) menghampiri premis berkenaan.
Itu antara gelagat yang dapat dilihat ke­tika Mohamed Khu­s­rin mengadakan pe­­meriksaan mengejut ke atas premis makanan ba­gi ‘menangkap’ ka­kitangan awam yang makan dan minum bukan pada waktu rehat ditetapkan, lapor portal UtusanOnline awal pagi ini.
Menurut beliau, kira kira 100 penjawat awam yang telah didapati melakukan kesalahan tersebut. “Hari ini merupakan kali kedua kita menjalankan pemantauan sebegini bertujuan mendidik penjawat awam mengenai kesalahan yang mereka telah lakukan.
Hari ini kita dapat kesan 30 kakitangan awam dan saya percaya ada ramai lagi yang berjaya meloloskan diri apabila melihat kereta saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau menambah, setiap kakitangan awam yang ditahan akan diambil butir peribadi supaya laporan dapat dihantar kepada ketua jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut.
“Kakitangan terbabit akan diberi kaunseling supaya mereka tahu tanggungjawab dan peraturan ditetapkan,” ujarnya.
Jelasnya, biarpun perkara tersebut telah menjadi viral dan mendapat perhatian orang ramai, masih ada segelintir kakitangan awam sama ada daripada agensi Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih lagi menganggap budaya minum pagi sebagai satu kemestian. “Pemantauan akan terus dilaksanakan supaya budaya ini dapat kita kikis sepenuhnya demi memartabatkan kembali perkhidmatan awam,” katanya.

No comments:

Post a Comment