Wednesday, 15 April 2015

10 ALAT MENYEKSA PALING KEJAM DI DUNIA !!!

10 ALAT MENYEKSA PALING KEJAM DI DUNIA !!!

KAT SINI KERIS SENARAIKAN 10 JENIS ALAT MENYEKSA PALING SADIS DAN KEJAM. ZAMAN DAHULU KALA MEREKA MEMANG TERKENAL DENGAN HUKUMAN PENYEKSAAN YANG SANGAT KEJAM. SEKARANG PUN PALING KEJAM ADALAH SEBATAN. TAPI DIORANG YANG KETIKA ITU ZAMAN JAHILIYYAH INGGERIS DAN EROPAH AGAK SADIS DAN KADANG DIJATUHKAN HUKUMAN KEPADA ORANG YANG TAK BERSALAH.


1. The Saw

Tak siapa sangka bahawa gergaji besar yang digunakan untuk menebang pokok zaman dahulu merupakan antara alat yang digunakan untuk menyeksa dalam hukuman? Dengan cara ini siapa yang tengok boleh muntah!

Mangsa yang dihukum akan digantung secara terbalik menggunakan sebatang kayu dengan keadaan kaki dikangkangkan (seperti dalam gambar). Apa yang kejamnya adalah mereka menggantung secara terbalik bertujuan supaya darah terus mengalir ke kepala, dengan harapan mangsa akan terus hidup ketika digergaji. Kadang-kadang mereka gergaji sampai perut sahaja dan biarkan mangsa kesakitan yang teramat sebelum mati.

2. The Brazen Bull

 


Antara yang paling kejam kalau ikut Wikipedia. The Brazen Bull ini digunapakai ketika zaman Yunani, diciptaoleh Pherillos dari Athena dan Pharalis dari Agrigentum. Alat ini dibuat seperti kawah bebentuk seekor lembu dimana bahagian atasnya ada penutup semacam pintu. Ia digunakan untuk menyiksa pesalah yang jahat. (Katanya lah~)

Mangsa akan dikurung didalam kawah itu dengan api yang menyala dibawahnya. Kawah itu akan dipanaskan sehingga ia memanggang mangsa hidup-hidup. Kawah The Brazen Bull ini juga dibuat dengan sistem yang komplikated sehingga jeritan dan raungan mangsa akan kedengaran. Bunyi seperti lembu yang sedang marah akan terhasil.

Serius kejam!

3. Spanish Donkey
 

Spanish Donkey dibuat menggunakan kayu atau besi yang berbentuk segitiga dimana di hujungnya sangat tajam. Mangsa akan diletakkan pemberat pada kedua belah kaki apabila didudukan diatas bahagian yang tajam.

Bayangkan~ Zup! Badan mangsa akan terbelah dua selepas pemberat dipasangkan di kaki. Tapi yang sadisnya ia membelah dan menyiat badan mangsa secara perlahan-lahan. 

Sakit dowh!

4. Breast Ripper
  

Breast Ripper adalah alat yang digunakan untu memotong buah dada wanita/gadis yang dianggap kotor oleh pemerintah seperti pelacur, penggoda, ataupun mereka yang telah hilang dara.

Pada zaman jahiliiyah Inggeris, wanita memang selalu menjadi mangsa keadaan dan mangsa diskriminasi.

5.Tongue Tearer

  


Ini adalah alat yang digunakan untuk memotong lidah pembohong. Ngeri! Kalau Anwar Ibrahim hidup zaman ini, dah tentu lidahnya kena potong!

6. Judas Chair


Yang ini sakit! Mangsa yang dihukum akan diikat kaki dan tangan, didudukkan di bucu piramid Judas Chair. Biasanya titik bucu piramid itu terletak didalam anus, vagina, di bawah skrotum ataupun di bawah tulang belakang.


Pemberi hukuman akan membuat macam-macam seperti goyangkan tubuh mangsa dan ia memang meyeksakan! Tahniah!

7.Scavenger's Daughter
  

Scavenger's Daughter dicipta ketika zaman pemerintahan King Henry VIII oleh seorang Leftenan dari Tower of London bernama Sir William Skevington atau William Skeffington. Alat ini digunakan untuk menekan tubuh mangsa supaya mangsa menjerit kesakitan. Sama seperti dalam gambar, posisi itu dibuat supaya darah daripada hidung dan telinga dapat dilihat menitiskan darah.

8. Knee Splitter 


  

Alat ini amat popular sekitar era Abad Pertengahan. Knee Splitter diguna untuk menghancurkan lutut mangsa, lepas dihancurkan mangsa yang dihukum akan dibiarkan begitu sahaja. Sebenarnya part kena tinggal yang sadis!

Kadang-kadang ia juga digunakan untuk menghancurkan lengan seseorang. Kejam sangat!

9. Cat's Paw
 

The Cat's Paw atau Spanish Tickler digunakan untuk menyiat, merobek dan mengoyak daging mangsa daripada tulang. Biasanya ia akan dialkuakn kepada tahanan perang untuk dapat maklumat. 

Tak leh bayang~

10. Head Crusher

 

Yang ini paling simple dan paling sakit. Kepala akan diletakkan dibawah topi dan dikemaskan dengan sebuah plat besi pada bahagian dagu. Secara perlahan-lahan skru akan dipusing menekan tengkorak kepala mangsa. bayangkan kalau dah buat perlahan-lahan sudah tentu mangsa akan terseksa. 

Proses dia mula-mula gigi akan hancur dan rahang akan patah, kemudian biji mata akan terkeluar daripada mata (Yang ini ngeri beb!) Last sekali dengar bunyi tulang-tulang yang patah macam makan keropok.

Kejam dan sadis. Islam tidak pernah terlibat dengan hukuman kejam macam ini. Zaman Rasulullah S.A.W dahulu pun, jika tahanan perang berjaya ditawan, baginda akan menghukum mereka dengan mengajar anak-anak Islam menulis dan membaca. 

K7L : Orang jahil yang menyeksa..memang macamtu..

No comments:

Post a Comment