Friday, 17 April 2015

10 Individu Paling Kaya tahun 2015 !!!!

Laman web rasmi Forbes telah pun mengemaskini senarai manusia paling kaya di dunia bagi tahun 2015. Walaupun terdapat banyak nama baru yang memecah masuk ke dalam senarai elit ini, tetapi kedudukan Bill Gates di tempat pertama masih tidak tergugat.

10. Liliane Bettencourt
Produk kecantikan L’Oreal yang dimulakan oleh bapanya mendatangkan kemewahan berterusan kepada Liliane Bettencourt sehingga ke hari ini. Pada tahun ini kekayaan yang diperoleh oleh beliau adalah sebanyak USD $40.1 billion.
9. Jim Walton
Dengan kekayaan mencecah USD $40.6 billion, Jim Walton diiktiraf sebagai manusia nombor 9 paling kaya di dunia pada tahun 2015 dengan sumber kekayaan datangnya daripada perniagaan Wal-Mart yang dimulakan oleh bapanya.
8. Christy Walton
Christy Walton merupakan isteri kepada seorang lagi pewaris empayar Wal-Mart iaitu John Walton yang meninggal dunia pada tahun 2015. Kekayaan yang diwarisi beliau dinilai pada jumlah USD $41.7 billion dan ia meletakkannya pada kedudukan ke 8 manusia paling kaya di dunia.
6. David & Charles Koch
Sebenarnya mereka berdua menduduki tempat ke-7 dan ke-6 dengan masing-masing mempunyai kekayaan sekitar USD $42.9 billion setiap seorang. Sumber kekayaan mereka berdua melalui syarikat Koch Industries yang terlibat dalam industri minyak dan gas.
5. Larry Ellison
Melalui syarikat Oracle Corporation yang memfokuskan kepada pembangunan perisian, Larry Ellison memperoleh kekayaan sekitar USD $50 billion pada tahun ini dan merupakan antara pengasas kepada pembangunan teknologi-teknologi hebat di lembah silikon.
4. Amancio Ortega
Kegilaan kepada industri fesyen menjadikan Amancio Ortega manusia ke-4 terkaya dunia dengan kekayaan menjangkau sehingga USD $66.4 billion. Syarikat beliau yang dikenali serata dunia ialah ZARA.
3. Warren Buffet
Dengan kebijaksaan dalam pelaburan, beliau diiktiraf sebagai pelabur paling berjaya pada abad ke-20 dan sangat tepat apabila beliau menduduki tangga ke-3 sebagai manusia terkaya dunia pada tahun 2015. Kami juga pernah kongsikan nasihat pelaburan daripada Warren Buffet yang anda boleh baca di sini.
2. Carlos Slim Helu
Memperoleh kekayaan melalui penglibatan dalam perniagaan teknologi dan telekomunikasi, Carlos Slim Helu berjaya menjana pendapatan sehingga USD 76.4 billion seterusnya berada dibelakang Bill Gates sebagai manusia kedua terkaya pada waktu ini.
1. Bill Gates
Walaupun tidak lagi mengendalikan Microsoft, Bill Gates masih lagi mendapat kemewahan hasil perniagaan perisian yang dimulakan olehnya sendiri. Dinilai sebanyak USD $79.3 billion, ianya meletakkan Bill Gates pada kedudukan tertinggi manusia paling kaya sebanyak 16 kali sepanjang hidupnya.

No comments:

Post a Comment