Thursday, 16 April 2015

5 Geng Motor Paling Digeruni di Dunia !!!!!


Amerika Syarikat, kewujudan geng motor sememangnya sudah lama bertapak. Walaupun perbuatan ganas mereka begitu meresahkan pihak berkuasa, namun sehingga kini, motosikal mereka masih lagi menderu-deru di jalanan.

Berikut merupakan 5 Geng Motor Paling Ditakuti Di AS.

Outlaws
Geng motor ini merupakan yang paling lama di AS. Lahir pada tahun 1935 di Bar Matilda, ia menjadi acuan bagi geng motor yang lain. Mereka sering melakukan aktiviti penjualan dadah secara terbuka.

Hell’s Angels
Merupakan geng motor terbesar di AS. Geng yang memiliki lambang tengkorak bersayap ini ditubuhkan pada tahun 1948 di California. Aktiviti mereka bukan hanya touring, juga melakukan aktiviti penjualan dadah dan merompak sejumlah minimarket.

Mongols MC
Ini adalah geng motor yang terdiri dari orang-orang yang kecewa terhadap kumpulan Hell’s Angels. Setelah ditubuhkan, geng ini jadi musuh utama Hell’s Angels. Mereka kerap bergaduh dengan anggota Hell’s Angels, malah sanggup berbunuhan hanya kerana hal-hal kecil yang remeh-temeh.

Warlocks
Geng motor yang sangat terkenal kerana sikap rasis. Hanya orang berkulit putih sahaja yang akan diterima menjadi anggota kumpulan. Geng yang diasaskan oleh veteran perang AS pada 1967 di Philadephia, memiliki lambang menyerupai simbol mitologi Yunani kuno, Harpy. Biasanya mereka akan menyerang geng lain yang keturunan Afrika.

Bandindos
Didirkan pada tahun 1966 di Texas oleh kelompok veteran perang Vietnam. Lambang mereka unik, gambar kartun orang Mexico. 
[Sumber] Sentiasa panas.com

No comments:

Post a Comment