Thursday, 23 April 2015

8 bahagian Pada Tubuh lelaki Yang Menjadi Perhatian Perempuan !!!



Bibir
Bentuk bibir yang indah mampu membuatkan wanita terasa ghairah. Ia dilihat seksi oleh kaum wanita. Keindahan bibir kaum lelaki juga akan dikaitkan dengan potensi keintiman yang mungkin diperoleh dari pemilik bibir tersebut.Bentuk bibir yang indah mungkin berbeza mengikut pandangan wanita. Ada yang merasakan bibir merah dan nipis sebagai seksi. Lelaki yang nipis bibirnya disukai oleh wanita kerana bibir yang nipis membawa rasa yang lembut nyaman. Punca kesedapan bagi wanita. Tapi ada juga merasakan lelaki yang memiliki bibir tebal tampak cukup menarik.

Hidung
Pada sebahagian wanita, lelaki yang berhidung mancung lebih menarik hatinya kerana pada pipi wanita terdapat bahagian yang menghendaki hidung dibenamkan padanya, memberi ciuman yang dasyat dan memuaskan wanita. Walaupun begitu, ada juga wanita yang yang tidak suka kepada suami yang berhidung mancung.


Pinggang
Ada wanita yang berahi dan gemarkan lelaki yang berpinggang besar, dan ada pula yang gemarkan lelaki berpinggang kecil. Wanita yang gemarkan suami berpinggang besar menimbangkan perihal keempukan gerak goyang pinggang itu ketika jimak. Malah ada yang suka jika suaminya berperut buncit kerana memikirkan bahawa perut yang penuh lemak dan daging yang empuk itu bakal menyejukkan perasaannya tatkala perut suaminya bertemu perutnya. Wanita yang sukakan suami yang berpinggang ramping berpendapat bahawa pinggang tersebut mudah bergerak dan menggoyang.

Perut Yang Rata
Tidak menghairankan sebahagain besar wanita menyenangi perut lelaki yang rata. Beberapa orang wanita tidak menginginkan perut yang berotot, tetapi perut yang rata lebih baik.
Manakala sebahagian wanita pula menginginkan perut pasangannya berketul-ketul dengan otot. Sekali lagi, bahagian tubuh sebegini melambangkan keperkasaan yang memang dimahukan oleh wanita dari setiap lelaki.
Sebabnya sewaktu berhubungan intim, wanita akan sangat ghairah melihat perut lelakinya yang rata tanpa lebihan lemak. Perut yang rata juga menandakan bahawa si lelaki suka bersenam dan menjaga kesihatan dan pemakanannya.

Dada Yang Bidang
Kalau lelaki cukup tertarik memandang dada kaum wanita, isteri turut berperasaan sedemikian. Daya tarik lelaki dan wanita untuk bahagian ini sama saja. Biasanya dada lelaki yang bidang dan sasa merupakan impian bagi sebahagian besar kaum wanita.
Hasil kajian mendapati bahawa ramai wanita cukup teruja ingin melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik kemejanya. Ada juga wanita yang berasa terangsang melihat dada lelaki yang sasa dan berbulu. Lelaki yang memiliki dada sedemikian dilihat sangat gagah.

Lengan Berotot
Lengan yang suka dilihat oleh wanita bukanlah seperti lengan ahli bina badan yang berurat dan berketul. Ada wanita yang takut malah geli melihatnya. Sebaliknya bahagian lengan suami yang didambakan cukup sekadar berotot, tampak kuat dan tidak lembik.
Wanita merasakan bahagian ini seksi kerana lengan ataupun bahagian bisep lelaki turut menandakan kekuatan. Wanita suka berada bersama lelaki yang dilihat kuat kerana mereka berasa yakin bahawa sang lelaki mampu melindungi dirinya. Selain itu bahagian lengan yang berotot juga menandakan bahawa seorang lelaki itu bekerja kuat dan menjaga tubuhnya.

Bahu Tegap
Berdasarkan satu penyelidikan pendidikan seks di Britain, ramai wanita mengatakan bahawa bahu lelaki yang lebar dan tegap merupakan salah satu kriteria keseksian kaum lelaki. Bahagian bahu dapat melambangkan kekuatan, kejantanan dan keperkasaan.
Jari Jemari Bersih
Bagi sebahagian wanita, tangan lelaki mampu memberikan ghairah tersendiri. Ada lelaki tidak mengendahkan anggota tubuh ini, seperti kuku dibiarkan panjang dan kotor. Tangan seorang lelaki terawat dan bersih menggambarkan keprihatinan mereka terhadap kebersihan dan penjagaan tubuh. Perkara inilah yg disukai oleh kaum wanita. 

Punggung Mantap
Keseksian lelaki juga dilihat daripada bahagian punggungnya. Kaum wanita cukup senang melihat punggung lelaki yang mantap seperti para atlet. Ini menunjukkan wanita tidak jauh berbeza daripada lelaki. Beberapa wanita menyatakan mereka menyukai punggung bentuk 'setengah bulan' yang lain pula lebih suka punggung berbentuk 'sedikit berbelok'[S]/[S] 

No comments:

Post a Comment