Monday, 13 April 2015

Anda Pasti Terkejut Apa yang Tersangkut Pada Pukat Nelayan ini !!!

(4 Gambar ) Anda Pasti Terkejut Apa yang Tersangkut Pada Pukat Nelayan ini !!!


VICTORIA - AUSTRALIA: Sekumpulan nelayan di Lakes Entrance di Victoria, Australia berjaya membawa naik sekor ikan jerung yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat oleh seorang nelayan.

Ikan jerung tersebut atau digelar sebagai Frilled Shark mempunyai bentuk badan seperti seekor belut dan mempunyai 300 batang gigi.

Menurut ABC News, ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau dan boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter.

Ikan tersebut pada mulanya diberikan kepada Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik (CSIRO) namun CSIRO memberitahu mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut.

Ketua Eksekutif Persatuan Perikanan Tunda Tenggara (SETFA) berkata, ini adalah kali pertama ikan tersebut ditangkap dalam keadaan yang masih hidup.

Bagaimanapun, ikan tersebut dipercayai telah dijual oleh nelayan itu.



No comments:

Post a Comment