Wednesday, 8 April 2015

Bayi 2 Bulan Hampir Maut Dikerjakan Bomoh !!!!



Bayi Dua Bulan hampir Maut Apabila Perutnya Dibakar dengan Pisau Panas Oleh Bomoh



Bayi perempuan dari India berusia dua bulan telah dicap dengan pisau panas diperutnya oleh seorang pengamal perubatan tempatan atau bomoh apabila cuba menyembuhkan penyakit Pneumonia yang dihadapi bayi itu. 
Nama bayi tersebut Shivani Seheriya didapati telah mendapat jangkitan yang mengancam jiwanya.
Dalam keadaan terdesak, Ibunya Somvati Seheriya yang miskin membawa anaknya kepada seorang bomoh. 
Sebelumnya, Somvati telah kehilangan anak pertamanya juga kerana pneumonia dan pada masa itu dia menyesal kerana tidak anaknya itu kepada bomoh.
Selepas itu, dia yakin bomoh akan dapat menyembuhkan bayinya yang baru lahir.
Amalan melabelkan bayi adalah cara tradisional di India di mana kulit dibakar dengan batang besi yang panas atau benda besi lain untuk merawat.
Cara ini dianggap boleh menyembuhkan banyak penyakit umum seperti malaria, penyakit kuning, meningitis dan kejang-kejang.
Amalan seperti ini masih banyak dijumpai di kawasan luar bandar di India. Somvati dan suaminya, Giru dari Sheopur, Madhya Pradesh, India Tengah membawa Shivani kepada bomoh tersebut.
Dia kemudian membakar perut anak tersebut dengan pisau panas 40 kali yang diyakini akan menyembuhkan penyakitnya.
Namun apa yang terjadi keadaan Shivani malah semakin buruk. Setelah sampai rumah ia menderita demam teruk.
Mereka pun membawanya ke hospital dan doktor mendapati bahawa Shivani menderita Ventricular Septal Defect (VSD).
VSD merupakan kelainan jantung bawaan (kongenital) berupa terdapatnya lubang pada septum interventrikuler yang menyebabkan adanya hubungan aliran darah antara ventrikel kanan dan kiri.
"Saat Sihivani dibawa keadaannya sangat buruk, staff perubatan meletakkannya dalam mesin yang disebut Nebulizer. Dimana ia akan terus diberikan ubat," ujar dr Gobind Singh.
Selepas itu keadaan Shivani bertambah baik dan hari berikutnya dia sudah boleh menyusukan. 

No comments:

Post a Comment