Wednesday, 15 April 2015

Jasa Datin Rosmah Yang Anda Tidak Tahu !!!!







Tindakan Datuk Seri Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung Umno ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini.

Datin Rosmah juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.

Datuk Seri Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya.

Inilah dua jasa besar Datin Rosmah yang dijadikan rahsia oleh Datuk Seri Najib selama ini.

Jasa pertama Datin Rosmah baik dengan isteri diktator Hosni Mubarak dan dapat membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.“Beliau (Datin Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.“Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan,” katanya.

Jasa kedua Datin Rosmah juga baik dengan keluarga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan “jaringan” dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.“Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.“Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” terang Datuk Seri Najib lagi tentang rahsianya.

Dan seperti biasa, perwakilan Umno memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka  menghargai dan mengkagumi peranan yang dimainkannya itu.

No comments:

Post a Comment