Thursday, 14 May 2015

Rahsia Suami Isteri !!! 5 Makanan Supaya Suami Hebat Di Ranjang !!!





Gambar hiasan.


Buah-buahan dan Sayuran


Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Center, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrien yang menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

Tomato


Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.

Kacang


Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

Labu dan Kuaci


Kedua-dua ini bagus untuk meningkatkan tahap zink yang merupakan mineral penting untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron.

Tiram


Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

Pisang


Pisang yang kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium. Bukan itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim bromelain yang terdapat di dalamnya.

Tongkat Ali


Menurut penyelidikan oleh FRIM, terbukti tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya.

Sumber

No comments:

Post a Comment